Tuesday, March 24, 2009

ultraman vs transformer

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai
takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi
air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang
paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api
kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.



Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya
bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana
pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit
“Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.


Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri. Feri itu terbelah dua.



Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.


Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak
puas hati.

Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.



Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
emak saya tidak memaafkan nya tetapi menyaman nya
kerana melanggar emak saya .


sekian~