Wednesday, February 4, 2009

hari kiamat ta lame lagi ?

hrmmm ,msti korg trtnye kn knape aku buat title tu ? okay ,korg msti prnah dpt msg brantai ? mksud aku msg yg org slalu hnta then dia suro kite hnta kt org lain . atau brbntuk cmni "Salam, kpd semua yang bergelar muslim. Hari ini pakar Meteorologi Bhgn Bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama, kemungkinan besar itu ialah suara DAJAL yang berusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh sentiasa tidak berhenti azan dan solat. Sebarkan kepada 10 umat Islam. AMANAT !"
klau korg anggap msg ni pnipu or lain2 suka hati korg bt fr me aku anggap msg mcm ni mmg bagos pon klau di hnta .ta sedo diri betol "pdahal diri sndiri ta sedo2 lagi " ishhh .
ok ok aku tau sape aku bt aku na gak cite psal bnde nie !aku ta tau knape and mngape sjak aku tau psal msg ni aku mcm takot gile aaa da laa byk dose aku yg blom trampun =.= and hati aku trgerak na pkai tdong .bia laa org lain na ckp ape aku ni ke aku tu ke ? jnji aku pkai .ameen~ doa doa kn laa yek ?back to my story aku sbnar nye ta de la kesahh sngt psal kiamat tpi bile aku tgok byk kiamat kcik da brlaku scare live korg ta takut ke ? harituh aku ade buat skit research psal kiamat kt google ade skit2 yg aku na kongsi ngn korg psal kiamat ni


  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

    Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari

    ~ dah jadi dah..

  2. Zina bermaharajalela.

    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim

    ~ dah nampak dah..

  3. Bermaharajalela alat muzik.

    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah

    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

  4. Menghias masjid & membanggakannya.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.

    ~ memang dah nampak dah..

  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.

    ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad

    ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani

    ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

    ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

  10. Bulan sabit kelihatan besar.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani

    ~ tak caya gi tengok..

  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim

    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ tengok kes peperangan Iraq..

  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
    - Sahih Muslim

    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..


yg kt ats2 ni sume aku dpt kt google bkan aku reka2 .renung2 kn laa .slam dari aku .









P/S : eirie ,insaf laa kau .ameen~