Sunday, July 26, 2009

sape hlovate?

heh aku pon tarak tau name sbnar dia. tpi novel dia best gile thap petala kelapan. aku baru je habis bace tunas, aA+bB, 5tahun 5bulan and otw rooftop rant. bpak aa best gile. klau korg bace msti nk pcah prot sbb novel dia lain dripade lain. addict gile bku2 dia smpai trmimpi mimpi. hehh angau overboard





*5tahun 5bulan

=sinopsis

“3 bulan je.”

“Lama tu..Kamu tahan ke nanti..”

“Belajar la mak. Rasanya tak la macam masuk kem askar. Lagipun sementara je.” Ketawa. “ Selain tu dapat jugak cari duit lebih.”

Wanita separuh abad itu menggeleng kepala. “Abah balik nanti bincang dengan dia.”



***



Dia termangu sebentar di ruang tamu rumah dua tingkat itu.Bukan kerana crystal chandelier yang tergantung dari siling berukir itu.Bukan kerana perabot jati yang menyesakkan ruang di depannya.Bukan kerana Faculties of Mind yang berdentum dari tingkat atas macam terlepas dari speaker fun-fair.Tapi termangu bila mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu.

“Awak rasa mampu?”

“Masak, laman, rumah, baju....” Dia mengulang.

“...dan anak-anak.”

Lambat dia memberi reaksi. “Berapa orang, encik?”

“Tiga.Yang paling muda perempuan 13 tahun,lepas tu perempuan jugak.15 tahun.Yang lelaki tu 17 tahun.”Encik Latfy menjawab tenang.Namun pandangannya cuba mentafsir riak di wajah di hadapannya. “Awak boleh cuti hujung minggu dua kali sebulan.”

Dia mengangkat muka. “Insya-Allah saya cuba.”

“Bagus.Awak cuma perlu tolong Mak Atun kalau waktu siang.Tapi malam-malam awak uruskan sendiri.Mak Atun tak tinggal sini.”

Angguk.

“Saya tunjukkan di mana bilik awak.”Encik Latfy bangun. “Siapa nama awak tadi?”

“Err..Ana.”



“Ooo...Kak Ana,ye?”Dia sengih. “Tu Nina,adik kecik.”Dia menunjuk ke arah adiknya yang duduk di hujung meja makan. “Tu Nana.Adik kecik tak jadi.”Dia menunjuk pula pada yang di sebelah Nina.

Ana sekadar mengukir senyum merenung anak muda di hadapannya itu.Sengih nakalnya masih berbunga. “Yang nie?”

“Saya Maradona.”

Ketawa pecah di meja makan itu.

“Gila la Angah nie.” Nana menjulingkan matanya. “Panggil je dia Boya.”

Nina masih lagi terkekeh-kekeh ketawa. “Boya Dona.”

Ana menggeleng sambil ketawa. “Angah?”

Anak muda itu geleng sambil sengih. “Apeh la,kak.”



***



Ana sibuk membilas pinggan mangkuk yang telah siap bersabun.Hari ini hari keduanya di rumah ini.Mak Atun sedang menggantung kuali bertangkai yang dah siap berbasuh.Mujurlah Mak Atun tu memang baik dan helpful.Kalau tak...Huu...Mau nangis aku!

“Mak Atun dah lama ke kerja sini?”

“Dah dekat 15 tahun dah.Sejak dari Cikgu Raihana ada lagi.”

Ana angguk. “Begitu....”

“Rumah Mak Atun kan kat belakang je. Memang senang. Pagi-pagi Mak Atun datang lepas sarapan, kemas rumah, basuh baju, masakkan untuk diorang. Petang lepas buat minum petang Mak Atun balik la.”

Kening Ana sedikit berkerut. “Abis tu kenapa Encik Latfy bukak iklan nak orang gaji sepenuh masa pulak dalam dua tiga bulan nie?”

“Dua tiga bulan nie dia sibuk ke sana ke mari.Bisnes dia tu tau aje la.Tambah pulak tahun nie Angah tu SPM. Nana tu PMR. Kalau takde orang tunggu malam-malam,entah apa la jadi budak-budak tu. Dulu ada jugak anak sedara Cikgu Raihana tu jenguk-jengukkan. Dah pindah ke Johor pulak dia.” Panjang lebar Mak Atun bercerita. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan. “Kesian Mak Atun tengok budak-budak tu. Sejak Cikgu Raihana meninggal 10 tahun dulu memang pandai sendiri je nak bawak diri. Nak harapkan Along diorang tu, lekat kat rumah pun payah. Tapi nasib baik la dia tu rajin jugak nak menjenguk-jenguk ke sini.”

Ana menghabiskan basuhannya. Keningnya sedikit terangkat. “Encik Latfy kata ada 3 budak je kat sini.” Dia berpaling merenung wajah Mak Atun.

Mak Atun bangun sambil mengelap tangan pada tuala lap. “Along tu belajarnya ke sana-sini. Duduk asrama. Kalau ikutkan dia memang tak nak dia tinggalkan rumah, tinggalkan adik-adik. Tapi dah ikut hasrat mak ayah, ikutkan jugak la. Nie lepas nie entah ke rantau mana pulak, Mak Atun pun tak tau.”

“Along tu baya mana, Mak Atun?”

“Ntah la. Ada baya kamu kot. Tak pun tua dua tiga tahun”



***



Malam di rumah itu sunyi. Encik Latfy ke Penang. Ana berteleku di meja depan menunggu Nina menyiapkan homework. Dari bilik Apeh di atas suara Chester menjerit sampai ke bawah. Nana sejak lepas makan malam dah hilang ke dalam bilik.

“Kak Ana...Kak Ana ada adik?” Tiba-tiba Nina bertanya.

Ana tersentak. “Adik?” Dia bertanya semula.Kemudian dia menggeleng. “Takde.”

“Abang kakak?”

Ana senyum. “Pun takde.Kak Ana anak sorang la.”

Mata Nina bulat. “Waa...Mesti Kak Ana manja,kan?”

Ana ketawa kecil. “Mana ada. Hmm...Kak Ana baru tau. Nina ada along,ye? Siang tadi Mak Atun bagi tau kat Kak Ana.”

Nina angguk. Namun wajahnya sedikit berkerut.

Mata Ana cepat menangkap perubahan di wajah gadis kecil itu. “Kenapa, Nina rindu Along?”

Nina angkat muka. “Ala...nanti esok lusa Along balik jugak...Cuti dia dah mula minggu lepas lagi.Tapi dia dok rumah sewa, tak pun gi rumah kawan. Nanti balik la tu. ”Suaranya seperti cuba memujuk diri sendiri. “Tapi nanti Along nak pergi belajar lagi jauh. Kat UK. Lagi la payah nak jumpa.”

“Along Nina tu nak jadi apa?”

“Dia engineer.”

Engineer.....



***



Kacang panjang sebesen di depannya dibasuh dengan air lalu. Ana meletakkan sayur yang telah berbasuh itu ke dalam tapis besar. Mak Atun di sebelahnya sibuk membasuh ikan dengan asam keping. Kemudian dia menarik pula besen plastik berisi ketulan ayam yang sudah siap berpotong. Diambilnya setengah cawan tepung gandum lalu dicurah ke dalam besen itu. Macam kata petua orang tua-tua, nak hilangkan bau hanyir. Sedang dia menggaul ayam dengan tepung itu tiba-tiba terdengar suara orang lelaki memberi salam di pintu depan. Dia dan Mak Atun berpandangan.

“Nanti kejap Mak Atun tengok. Benggali jual kain agaknya.” ujar Mak Atun sambil membasuh tangan. Seketika kemudian dia menghilang ke pintu depan.

Ana terus menggaul ayam. Terdengar suara orang bercakap di pintu depan. Kemudian pecah ketawa Mak Atun dan seorang lelaki. Mak ai...Takkan Mak Atun bersuka-ria ngan Benggali jual kain kot! Pili air dibuka dan ketul-ketul ayam itu dibilasnya. Kata Mak Atun tadi nak buat masak merah. Suara Mak Atun berbalas cakap dah masuk ke dalam rumah. Dahi Ana berkerut. Ah...sudah! Sampai masuk ke dalam pulak! Kerut di dahinya makin bertambah bila terdengar suara lelaki itu menghala ke arah tangga. Tiba-tiba Mak Atun melangkah masuk semula ke dapur.

“Along dah balik.”

Mata Ana bulat. “Along tu lelaki ke?”

“Laa...Kamu tak tau ke?”

“Ana nak pakai tudung dulu.” Tangannya dibasuh sebelum dia menghilang ke bilik sebelah mencari tudung.



Afiq melontar tubuh ke katil. Rumah sunyi. Ye la... Budak-budak tu sure pergi sekolah. Dia memejam mata sejenak. Leganya hari nie cuti....Ini la masa nak menjenguk rumah. Bukan dia tak suka duduk di rumah sejak mula berkerjaya...namun mungkin kerana sudah terbiasa jauh dari rumah,tak betah bila tiba-tiba kena duduk di rumah ini. Pergerakan mungkin rasa terbatas. Kalau duduk rumah sewa, senang. Member ramai. Nak gerak ke sana-sini senang. Bukannya keluar merambu, sekadar nak lepak pergi gerai mamak pekena teh tarik pukul 2 - 3 pagi. Kalau duduk rumah, alamat la. Bukan jugak dia tak ambil berat pada Apeh, Nana, dan Nina. Pantang ada cuti dan kelapangan, pasti dia akan jejak juga ke rumah ini. Kadangkala selang sehari dia ke sini selepas kerja. Malam baru balik ke rumah sewa. Along tak lupa janji, mama....

Ana menuang campuran bawang putih, bawang merah, dan cili kering yang telah di’blender’ tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Berdesir bunyinya apabila mencecah minyak panas. Semerbak baunya memenuhi ruang dapur. Sesekali dia mengesat matanya yang terasa berair. Aiseh....nie yang aku lemah kalau bab memasak nie...Tangan kanannya ligat mengacau dengan sudip.

“Mak Atun, masak apa?”

Keras sekejap tubuh Ana bila mendengar suara lelaki itu menyapa dari belakang. Namun dia tak ambil pusing. Along tanya Mak Atun, bukan tanya aku.

“Mak Atun, masak apa?” Suara itu bertanya lagi. Kali ini betul-betul di sebelahnya.

Tersentak Ana dibuatnya. Pantas dia menoleh ke kiri.

Wajah lelaki itu nyata terkejut. Rahang bawahnya sedikit jatuh bila melihat wajah Ana. “Ek?Mak Atun dah muda balik?” Tiba-tiba soalan itu yang terkeluar dari bibirnya. Sumpah dia ingatkan Mak Atun bila tengok dari belakang tadi. Dengan kain batik, baju kurung kedah, tudung...

Bengong apa mamat nie? Ingat time-warp tu wujud ke? Dahi Ana berkerut mendengar soalan bodoh itu. Namun matanya masih lagi merenung wajah lelaki itu.

“Along?”

Mereka sama-sama mengalih pandangan ke arah pintu dapur. Mak Atun tercegat di situ sambil dengan memegang secekak serai di tangan kiri dan sebilah pisau di tangan kanan.

Afiq sengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia mengalih semula pandangannya pada Ana. Ana pula kembali mengadap kuali. Tak pernah tengok perempuan ke Along nie? Afiq melangkah ke arah meja makan.

Siapa tu? Mulutnya bertanya tanpa suara pada Mak Atun.

Mak Atun menggeleng. “ Nie Ana. Orang gaji baru.”

Sekali lagi tubuh Ana keras. Orang gaji?! Hatinya merengus. Tapi memang betul la pun. Memang la orang gaji. Aku orang gaji?! Ana berperang dengan hatinya sendiri.

“Ana orang sini ke orang Indon, Na?”

What?! Ana terasa nak menyiram isi kualinya bila mendengar soalan Along itu. Ada gaya orang Indon ke aku?!

“Ana, Along tanya tu.”

“Tak, saya orang Filipina.” Selamba dia menjawab tanpa berpaling ke belakang.

Kali ini dahi Afiq pula berkerut. Ai...loyar buruk pulak budak nie. Dia merenung Mak Atun. Mak Atun sekadar tersengih. Dia memang dah maklum dengan perangai Ana yang memang kuat lucu dan selamba.

Afiq menggigit bibir. Ooo...Loyar buruk kau ye. “Dah kawin, Ana?”

Ana menjeling sambil mengambil pinggan untuk mengisi sayur goreng. “Dah. Dah anak dua dah pun.”

Kali ini Mak Atun ketawa. Dia menggeleng kepala. “Along, dah...dah...Pergi duduk kat depan tu. Nanti tak siap kami nak memasak. ”Kemudian dia berpaling ke arah Ana. “Along tu memang macam tu.. Kuat menyakat. Macam kamu jugak.”

Ana sekadar menarik senyum nipis.

Afiq bangun. “Sayang dah kawin. Kalau tak boleh jugak Along nak masuk line.” Ujarnya selamba sebelum menghilang ke ruang tamu.


best kan? kan?


ni lgi satu tunas dgn aA+bB. tunas ni mase dorg sekola and aA+bB ni mase dorg da keje. aA+bB=addin+benz=aman bahagia?




*tunas

=sinopsis

"Ingat,in here we are nobody ."

"Yeah.....yeah....I know.Ingat ada ke orang dalam dunia nie yang nak awak tu jadi tut....tut....?!"

"Blah la!!"

"Ma ngan pa pun...."

Angguk. "Kami faham.But please behave."

Dua pasang kening double-jerk tanda faham dengan senyum nakal berbunga.



"My name's Ann Faiz.But I'd prefer people to call me Pa'e.Awak?"

"I'm Raja Zuan Afi.Call me Juan."

"Nur Farisha.Tapi nick pelik sikit."Budak baju kururng biru laut tu sengih.

"Amende?"Pa'e dah tergelak kecil.

"Manja."Farisha ketawa.

Ketawa pecah.Tiba-tiba pintu terkuak.Ketawa mati.Pandangan menala ke pintu.Budak yang baru masuk tu memang simple.Satu luggage,satu sports bag,satu backpack,dengan.....

"Mini-compo?"Farisha separuh berbisik.

Budak yang baru masuk tu senyum nak tak nak. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."Perlahan je jawabnya.Macam bukan suara tiga orang.

Dia mengheret luggage ke tepi katil yang masih kosong.Sports bag dan backpack dihumban ke atas katil.Mini compo diletak di atas meja study.GT-09 masih lagi sepi tersampuk.



"Anda merupakan barch pertama Kolej Tunas.Ini merupakan tahun percubaan.Jika anda berjaya,ini merupakan contoh terbaik kepada junior-junior anda nanti."

Taklimat dah abis.Lagi dua jam karang dinner.Huh!Berpeluh ketiak susun barang-barang.Pa'e menyusun buku-bukunya atas meja study.Farisha dah abis berkemas.Dia duduk di atas katil sambil memerhati Pa'e.

"Juan mana Pa'e?"

"Ntah.Tadi aku tak nampak pun dia kat dewan."Pa'e tak mengangkat muka. "Huh!Siap pun."Dia sengih sambil duduk di atas katil Farisha.

Farisha menyiku Pa'e perlahan.

Kening Pa'e terangkat.

Farisha mengisyaratkan matanya ke arah budak baru tu.

Pa'e turut mengalih pandangan.Budak tu tak sedar dirinya diperhatikan.Bersandar di kepala katil dengan headphone di telinga.Matanya leka berlari di atas baris-baris ayat dalam The World Hell,cerita benar ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.

"Nama dia pun kita tak tahu lagi."

Pa'e menganguk tetapi matanya tak beralih.

"Dari tadi pun tak kata sepatah hapa."

Budak yang cuma memakai tee dan steng Alien Workshop itu seolah sedar dirinya diperkatakan.Dia mengangkat muka.Betul-betul bertembung dengan mata Farisha.Tangannya melurut headphone ke leher.

Farisha sengih serba-salah. "Sorry,kitorang just nak tau nama awak."

Dia senyum tiga saat. "Addin."



"Addin!Kau memang tak boleh tinggal ke walkman kau tu?!"Farisha geleng kepala.

Dia senyum.

Pa'e dah laju ke depan. "Korang tak lapar ke?!"

"Dasar perut belanga la kau nie."Farisha mencebik.

Mereka beriringan ke Dewan Cengal yang berkembar dengan asrama puteri.Farisha masih lagi berkira-kira dalam hati.Budak Addin nie aura misteri betul...Rasanya tak sampai tiga patah lagi keluar dari mulut dia.Jawab soalan pun senyum je.Nak kata sombong,bagi aku,tak.There's something that can attract people to her.She has kind eyes.Tapi susah betul nak keluar suara.Farisha menggeleng.Trakea plastik kot!



Mereka duduk di tempat masing-masing.Selesai penyelia membaca doa,masing-masing mencapai sudu dan garpu.Pa'e baru menyua nasi ke mulut.

"Nie apa nie?!"Selang lima seat dari Addin seorang budak berdiri sambil menghempas meja.Terpelanting sudunya ke bawah.

Addin merenung pinggan.Nasik.Tak pernah jumpa nasik ke?Anak Mat Salleh mana lak nie. Ceh..Mat Salleh pun makan nasik la!Bodo betul minah nie nasik pun tak kenalTelinganya sempat menangkap bisikan Pa'e di depannya

"....dia tu Affieza Eviena,anak Dato' Husin.Manja giler...Memang spoilt..."

"Mana kau tau?"Farisha mengalih pandangan.

Pa'e sengih. "Kawan bapak aku punya anak."

Addin memerhati penyelia memujuk ntah-sapa-nama-dia agar bertenang dan duduk.Gila!Turun dining cam nak pergi parti.Pakai sundress.Tau la time makan dress bebas.Boys makan kat Dewan Meranti.Kot ye pun senonoh la sikit!

"Aku dapat tau jugak mostly cikgu-cikgu kat sini takut dengan bapak dia."

Addin menjeling hi-table.Highest authority takde.Patut la takde orang berani nak further.And they're licking her boots!Gila!Ingat nie Kolej Yayasan Ayah Anda ke?Authorities takut anak Dato'!

"Addin ke mana tu?"Farisha bulat mata melihat Addin menuju ke arah Affieza Eviena.Pertanyaannya tak berjawab.Pa'e di sebelahnya ternganga.

Addin berdiri di sebelah warden yang bertugas malam tu.Cikgu Syifa masih lagi cuba memujuk Affieza.Dia berpaling melihat Addin yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.Addin senyum.Dia berpaling ke arah Affieza.

"Apa engkau nak,ha?!"Affieza mengherdik.

Addin meletakkan tangan kanannya dia atas bahu Affieza.Dengan sekali hentak Affieza terduduk kembali di atas kerusi.Cikgu Syifa melopong.Cuba untuk menghalang Addin.Pantas dia memintas. "Saya bertanggungjawab."Tone suaranya tenang dan selamba.Cikgu Syifa terkesima.

Addin kembali berpaling kepada Affieza. "Ingat nie sekolah bapak kau,eh?Bukan kau sorang je anak orang kaya kat sini.Tapi diorang reti jugak makan nasik kawah."Perlahan suaranya.

Affieza menggenggam penumbuk.Tapi dia tak berani melawan.Mata budak tu ada sesuatu yang membuatkannya ragu-ragu untuk bertindak.

Addin memandang Cikgu Syifa. "Dah settle."Dia sempat menguatkan cekaknya sebagai tanda amaran pada bahu Affieza sebelum berlalu.



"Gila kau Addin!"Pa'e geleng kepala. "Bapak dia sue dalam court nanti."

"Peduli hapa aku."Addin sengih sambil membuka halaman baru The World Hell. "Kuang hajo sangat."Dia menggetap bibir.

"Woi!Juan mana?"Farisha melingas ke kiri ke kanan.

"Ntah.Tadi dinner pun takde.Lari balik rumah kot."Pa'e sengih.

"Korang jangan memain.Aku rasa dia tu homesick la.Tadi masa aku sampai pun tengah leleh lagi."Dahi Farisha berkerut. "Jom cari."Dia bangun.

"Dah pukul 12.30 Fisha."

Addin cuma memerhati room-matenya argue.

"Kita betanggungajawab.Tu kawan kita."

"Karang kena cekup dengan Pak Guard!"

Addin bangun dari katil lalu mencapai torchlight dalam laci locker.

"Nak gi mana Addin?"

"Kata nak cari Juan."Terus dia berlalu melepasi pintu.Farisha dan Pa'e berkejar di belakang.



"Baru aku sedar."Pa'e terhenti berjalan.

Addin dan Farisha turut terhenti dengan kening terangkat.

"Kita keluar pakai pijama je."

Mata yang lagi dua pasang bulat.Sempat lagi nak buat lawak!

"Shh..."Farisha menahan kawan-kawannya dengan tangan.Mereka kini berada di tepi bangunan Kolej Kediaman Puteri GT 2. "Korang tak terasa macam ada orang perati kita ke?"

Sunyi.




*aA+bB
=sinopsis

ADDIN MENEKAN REMOTE CONTROLLER tak berhenti. Apa hal semua cerita bosan maut ni... HBO, MTV, Channel V pun bosan! Dia menjeling jam di dinding. Sembilan tiga puluh minit malam. Abang tak balik lagi. Apa hal yang lewat sangat pun malam ni? Akhirnya dia lekat di Cartoon Network. Heh! Kartun jugak yang best, tak pernahnya bosan. Encik Faudzi lebih selesa layan NST. Ma pula menolong Kak Irah mengemas dapur.

Tiba-tiba Encik Faudzi menurunkan surat khabar di tangan apabila melihat Puan Nora keluar dari dapur berjalan ke ruang tamu.

"Petang tadi Pak Cik Man dengan Mak Cik Ja datang." Suara ma terdengar di telinga.

"Mmm?" Addin angkat kening sebelah dengan mata tak beralih dari TV.

"Pak Cik Man dengan Mak Cik Ja datang."

"Tak kenal." Addin jawab malas.

"Kawan pa." Puan Nora merenung Encik Faudzi.

Mata Addin masih lekat pada Popeye.

"Dia tanyakan Didi untuk anak dia."

"Mmm..." Popeye kena penumbuk sebijik dengan Bluto.

Puan Nora dan Encik Faudzi berpandangan. "Dia cadang nak pinang Didi untuk anak dia. Addin tak ada kawan lagi, kan?" Puan Nora mencuba lagi.

"Mmm..." Allah! Olive dah kena bawak lari dek Bluto.

"Anak dia sebaya dengan Didi."

Addin angguk. Yes! Popeye dapat spinach.

"Engineer."

Addin menggigit bibir. Ish! Lagi sikit je nak kejar! Cepat la Popeye oi!

"Nama dia Benz. Benz Alif."

"Hmm... Benz Alif." Addin mengulang tanpa sedar. Hah! Bluto dah kena belasah dengan Popeye. "Hah!" Addin terangkat dari sandarnya. "Benz Alif?" dia mengulang lambat-lambat. "Benz Alif Sulaiman?" Dia berpaling lipat maut melihat ma. "Kenapa dengan dia? Apa ma kata tadi?"

Puan Nora senyum sambil geleng kepala. Orang cakap tak nak dengar. "Pak Cik Man nak pinangkan Didi untuk Benz. Didi tak ada kawan lagi, kan?" sekali lagi dia bertanya.

Addin menelan liur. Kelam mukanya.Mala petaka versi apa dia?
_____________________________________________________________

*klau korg nk bace selebihnye bli aa kt pkns. murah je dopuloh hengit je :)and klau nk bace online ni dia pnye link http://hlovatulis.blogdrive.com/

p/s:addin dgn benz tu wujud ke?aku tringin sngt jmpe dorg.(hehe dlm mimpi)